Sekarang ni, setiap petang mesti hujan. Tak kira lah renyai-renyai ke, hujan lebat ke tapi memang akan hujan.
Tapi hairan lah. Dahulu kala, time hujan-hujan ni especially waktu siang, memang akan kelaparan yang amat sangat. Ini tidak, waktu siang rasa kenyang je. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumah lebih kurang pukul 7.45 malam, perut ini menggebu-gebu minta diisi.
Selepas sudah sesi membersihkan diri dan usai solat, inilah santapan di kala malam yang dingin ini.
Amacam? Ada bran tak?
Menu makan malam ini adalah seperti berikut:
- Nasi putih 3 senduk
- Sebiji telur digoreng dengan marjerin Planta
- 3 sudu besar sambal tumis nasi lemak
- Kicap kipas udang kaler hijau secukup rasa
Sebenarnya Bonda ada masak rendang ikan tongkol. Memandangkan saya tidak makan ikan tongkol, jadi saya memilih untuk menggoreng telur.
Kalau makan nasi dagang, saya pilih daging goreng
.
footnote: I’ve been skipping my lunch for the past 2 weeks. Saja je nak bagitau, haha.
Ahaaa…
Skip lunch? Ooo diet ek. AHaks. Musti ada orang kompelin ni. hihi.
Telur masak separuh makan ngan kicap perkgh! slurrpp!
apsl lately ni entry sume gamba nasik?mencabar jiwa sungguh!hehe
Khairi -> bkn sesaja skip lunch..ada cerita di sebalik nya..nanti2 lah..
Yoe -> sebab saya suka makan nasi, hahahah..